Saturday, September 25, 2010

PERUTUSAN PENGERUSI PENAJA JK IMMA



PERUTUSAN PENGERUSI PENAJA JK IMMA

TEMA : KEARAH PEMBENTUKAN KELUARGA YANG DIREDHAI

Kepada Semua Ahli JK Imma.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh.
Salam sejahtera, Salam 1 Keluarga.
Syukur kita ke hadrat Ilahi, kerana di beri kesempatan, masa, kesihatan untuk terus menjalankan tanggungjawab, melaksanakan amanah sebagai khalifah di muka bumi ini. Alhamdulillah, kita baru saja menyambut Hari Raya Aidil Fitri baru- baru ini dan masih lagi berada dalam bulan Syawal. Ada di kalangan keluarga kita telah dan sedang berkira-kira untuk terus menyambut di rumah atau di tempat kerja masing-masing. Pasti usaha ini akan diberkati Allah dengan kesyukuran, mengiratkan lagi silaratulrahim niat bermaaf-maafan di antara satu sama lain ,  dengan niat penuh ikhlas.
Keluarga Imam Manas  pada tahun ini kita telah melalui satu perubahan dalam kontak merayakan Aidil Fitri , iaitu kita telah dapat mengumpulkan lebih kurang 300 orang serentak yang terdiri daripada kaum keluarga Imam Manas dan penduduk Kampung Pulau Pisang. Sambutan juga berbeza, bukan saja kita menyediakan juadah hari raya tapi kita juga telah berjaya memberi sumbangan khususnya kepada penduduk Kampong Pulau Pisang. Sumbangan yang telah berjaya diagihkan ialah untuk lebih kurang 15 orang warga emas 70 tahun ke atas,     ( diturunkan daripada umur 75 kepada 70 tahun ), ibu tunggal 44 orang, anak-anak yatim 6 orang dan pelajar cemerlang dalam akademik 4 orang, ketua keluarga JK Imma, sumbangan khas   dan juga edaran duit hari raya kepada anak-anak ahli keluarga JK Imma. Untuk makluman seterusnya  JK-Imma juga telah mengambil 4 orang anak angkat terdiri daripada anak-anak yatim Kg. Pulau Pisang untuk ditaja beberapa keperluan. Seperkara lagi, ekoran daripada program ini, telah menyemarakkan lagi hubungan kekeluargaan khususnya melalui Facebook yang merupakan satu kemudahan yang sangat sesuai untuk menjalinkan hubungan kekeluargaan.
Ahli keluarga Imam Manas sekelian, Alhamdulillah apa yang dihasratkan selama ini untuk menjalin dan mengiratkan lagi hubungan silaratulrahim di antara ahli keluarga Imam Manas telah didorong dan beri kemudahan untuk melaksanakannya. Pertemuan demi pertemuan dilaksanakan secara besar-besaran khususnya sempena hari raya ( samaada ada sambutan atau tidak ) telah dilaksanakan  beberapa kali di Kg. Pulau Pisang dituruti dengan “roadshow” di beberapa tempat   bermula dengan perkhemahan di Kem Rekreasi Gua Tempurung, Kg. Sahom (bekas milik Jk Imma) , Kem Alpha Telok Senangin, Kem Rekreasi Nur Lembah Pangsun, Bukit Merah Laketown Resort Taiping, Rumah Hjh Mariam ( Wan Chu) di Ipoh, Restoran Gelas Besar D’Planet di Silveritage (bekas milik Jk Imma ), Di rumah Datin Esah di Tebing Tinggi (bukan sempena Hari Raya ), aktiviti untuk remaja JK-Imma (di Tapak Perkhemahan JK Imma Kg. Sahom dan di Lembah JK Imma Kg. Pulau Pisang)   dan yang terakhir setakat ini, di Kg. Pulau Pisang.
Pertemuan hari raya di Kg. Pulau Pisang baru-baru ini merupakan satu lonjakan untuk bergerak lebih aktif lagi dalam menjalankan aktiviti  Jk Imma. Sempena hari tersebut 6 pengisytiharan telah dibuat yang memerlukan penglibatan dan sokongan ahli  JK-Imma seperti berikut;
1.    Pengwujudan Taman Jk-Imma di Kg. Kepayang. Ipoh. Iaitu hasil daripada pemukalan tanah warisan Imam Manas di kampung tersebut yang dibahagikan kepada 5  lot.
1.1  Lot 1 Datin Esah ( Ome Kalsom Abdul Rahman ).
1.2  Lot 2 Omar Hisham Mohd Baharin.
1.3  Lot 3 Mohd Hashumi Mohd Baharin.
1.4  Lot 4 Abdullah Zawawi Tahir. ( contra dengan tanah di Kg.Sahom ).
1.5  Lot 5 Hj. Zainuddin Hj. Abdul Samad.
Catatan :
 Lot  5 akan akan dijadikan taman kekal menjadi milik dan diurus oleh JK- Imma yang bakal dilantik. Untuk makluman nilai wang pembahagian tanah tersebut bahagian lelaki lebih kurang RM10,000 dan bahagian perempuan RM 5,000 belum di tolak kos-kos pengurusan.
2.    Pengwujudan Kem Perkhemahan Jk-Imma Kg. Sahom hasil pemilikan tanah tersebut.
3.    Pembinaan Lembah Nostalgia Jk-Imma Kg. Pulau Pisang terdiri daripada;
 3.1 Tapak perkhemahan JK Imma
 3.2 Bahtera Jk-Imma
4.    Pengambilalihan Pemikir Imma Consultant.
5.    Pengumuman tumpuan media hubungan JK-Imma melalui facebook dan blog.
6.    Pengwujudan Badan Pengurusan JK-Imma.
Untuk makluman setakat ini kita telah mempunyai penaja yang akan konsisten dalam beberapa aktiviti Jk Imma seperti MROS ( Abdul Samad Tahir), dan Keluarga Osman Haron ( Paksu Man ) dan diharapkan lebih ramai lagi ahli keluarga Imam Manas yang berkemampuan untuk turut menyumbang.  Bagi pembinaan Bahtera Jk-Imma yang telah bersetuju secara lisan ialah Hanifiah Zainal Abidin, Keluarga Osman Haron dan secara automatik pemukal tanah Kg. Kepayang, Datin Ome Kalsum, Omar Hisham, Mohd Hashumi dan  Keluarga Hjh. Samsiah. Untuk keluarga lain yang ingin turut serta boleh diumumkan dari masa ke masa. Setiap pemilikan bilik Bahtera Jk-Imma akan didahului dengan pembinaan tapak perkhemahan JK-Imma di Lembah Nostalgia Jk Imma. Pembinaan tapak perkhemahan tersebut akan bermula bila-bila masa dan dijangka akan siap bulan Disember 2010. Perkembangan dari masa ke masa akan diumumkan melalui facebook, blog dan sms. Pastikan sekurang-kurangnya seorang setiap keluarga mempunyai akses kepada medium perhubungan tersebut.
Akhir kata saya sentiasa berdoa dengan penuh harapan usaha ini dapat direalisasikan dengan sokongan ahli-ahli Jk Imma. Anggapkanlah sumbangan ini merupakan amal jariah dan hubungan kekeluargaan yang sangat dituntut oleh agama kita untuk kesejahteraan keluarga di dunia dan di  akhirat.  Wallahualam.



Tuesday, September 14, 2010

wajah2 waris imam manas

foto2 ni sempat di rakamkan oleh hanif n hashumi pada majlis perjumpaan di kg pulau pisang sempena majlis sambutan aidilfitri 2010..11 sept 2010



pakcu din


Makyang

Makcik kg

Mak Anjang

Mak Limah


anak2 dan menantu dari OPAH ZAHARAH

sebahagian anak2 dan menantu imam manas seramai 9 orang yang diambil di Kpg Pulau Pisang utk tatapan anak2 dan cucu sekalian.....

maaf..........sedang mengumpul maklumat

salam..kepada semua waris2 imam manas...sila bersabar...pihak kami sedang berusaha mengumpul sebanyak mungkin maklumat tentang jaringan keluarga imam manas...kepada sesiapa yang ingin membantu untuk memberi maklummat sila emailkan kepada kami... jk_imma@yahoo.com
terima kasih

siapa mereka?

siapa mereka?
gmbr ini diambil pd tahun 1941, yg sulong opah konek baru berumur 11 tahun (kiri sekali) tengah yg baby tu opah fatimah (pom) makyang kanan sekali dan mak limah depan opah konek, lelaki 3 tahun tu zainal abidin so 5 beradik yg ada tanpa mak nyah, lelaki paling kanan tok khalid (adik zaharah) tgh ialah moyang jarah (ibu opah zaharah), paling kiri yop jamal...... cik, opah su dan tok su din belum lahir lg

anak2 dan menantu dari OPAH ZAHARAH

anak2 dan menantu dari OPAH ZAHARAH

About this blog

Powered by Blogger.

Followers

Another Templates

Facebook Badge

halwa telinga